Penglibatan Politik Sakinah_Junid

Seterusnya sebagai penggerak kesedaran politik terhadap golongan wanita. Diikuti perjuangannya di peringkat awal di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melaui sayap wanitanya yang dinamakan Dewan Muslimat semenjak kewujudan sayap ini di dalam PAS pada tahun 1953. Setelah sepuluh tahun penubuhannya tokoh ini telah pula mengetuai sayap ini selama 20 tahun. Sakinah terkenal dengan pidatonya yang berapi dan menaikkan semangat para pendengar. Seorang yang cukup berkarisma dan disegani. Dia adalah seorang orator wanita Malaysia yang cukup hebat.[6] Ketika berpidato Sakinah mampu mengusik emosi pendengar dengan susunan kata-kata yang cukup indah dan berpuitis. Di selang seli dengan dakwah dan ayat-ayat Al Quran. Dimaniskan dengan sajak dan pantun.

Pada tahun 1947, Sakinah Junid pernah berpidato di hadapan 7000 orang lebih yang hadir daripada rapat raksasa “Putera” di Padang Sarkas, Taiping, Perak. Beliau menghadiran fikiran kaum wanita Melayu terhadap Perlembagaan Federation of Malaya yang dibantah kerana tidak bertepatan dengan kemahuan rakyat Malaya yang lebih ramai. “ Kalau kita mahu merdeka tentu boleh merdeka” dan “Kalau percaya kepada diri sendiri semua boleh jadi” katanya di antara lain-lain. (Majalah Mastika, Mac/Jun 1947, muka surat 16). Akhirnya rapat raksasa di Taiping berjaya. Sakinah telah memukau pendengar dengan syarahan yang berapi-api. Peristiwa ini diabadikan dalam Majalah Mastika keluaran Mac/Jun 1947 dengan tajuk "Wanita Kita di Zaman Atom".

Beliau yang kemudiannya pula turut serta mengikuti suaminya Tan Sri Datuk Asri meningalkan PAS untuk berjuang di dalam parti yang baru ditubuhkan iaitu Hizbul Muslimin (HAMIM). Sehinggalah beliau menamatkan perjuangan politiknya secara rasmi selepas menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1993 sebagai ahli biasa kerana memberikan sokongan kesinambungan perjuangannya kepada Timbalan Presiden UMNO pada masa itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menghabisi kehidupannya sebagai seorang ibu kepada 10 orang anak, cucu-cucu dan cicitnya. Beliau yang menghidap bronkonemia akhirnya meninggal dunia pada 7 September tahun 2004 pada usia 82 tahun dan disemadikan di perkuburan Orang Islam di Sungai Tangkas.